Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Dah Masuk Bulan Rejab..

semalam sedang aku mengelamun..tet..tet...bunyi hp samsung aku yang tak berape nak samseng..
owh..kawan aku rupenye..bunyi msj nyer ala2 macam rambo nak ajak g perang..
tp inti dia yang aku tangkap..psal da masuk bulan rejab.dia ajak pose ala2 ajak kucing..
so post kali ini..aku nak bagitau psal bulan rejab..nak buat atau tak,its all up to you all..k?
sebgai khalifah,aku hanya mampu nasihat menasihati..

BULAN REJAB
Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  1. Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  8. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  9. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  14. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  15. Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  17. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  18. Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  19. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  20. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  21. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam.

Sabda Nabi S.A.W:- Bulan Rejab bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, dan Bulan Ramadhan bulan umatku...


nota:- diambil dan dicedok dari buku dan juga webpage2 psal agama.

Tuesday, May 19, 2009

Renung-renungkanlah….


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya  
 mengharapkan sebuah kereta sport daripada
ayahnya...
lantas,
 si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya,
 seorang hartawan yang ternama...
si ayah hanya tersenyum...
si anak bertambah yakin,
 andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, 
pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. 
Beberapa bulan berlalu...
ternyata si anak, 
dengan berkat kesungguhannya..
telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..
hatinya berbunga keriangan...

satu hari...

si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...
sambil menyatakan betapa bangga hati seorang
bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup
cemerlang...
si anak tersenyum puas...
di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...
si anak terkesima...
sungguh...
bukan itu yg kuhajatkan...
dengan hati yang berat...
kotak itu bertukar tangan...
matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...
yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda
tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...
penutup kotak dibuka...
apa makna semua ini???..
sebuah Al-Quran kecil; 
comel dgn cover kulit..
tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...
terasa dirinya dipermainkan...
amarahnya membuak...
nafsu mudanya bergelojak...
ayah sengaja mempermainkan saya!!!
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...
bukannya ayah xmampu utk membelikannya...
sudah ayah!!!
bukan al-Quran ni yang saya nak....
katanya keras...
al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...
si anak terus meninggalkan si ayah..
tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..
lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..
si anak kini merupakan seorang yang berharta...
punyai syarikat sendiri...
dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...
cukup membahagiakan...
namun hatinya tersentuh...
Sudah 10tahun..
sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk
ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...
telefonnya berdering...
dari peguam ayahnya...
ayahnya meninggal dunia semalam...
dengan
mewariskan semua hartanya kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta... 
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...
si anak pulang ke banglo ayahnya...
memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...
hatinya sebak..
bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...
Al-quran
yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan
kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...
mengambil al-quran itu..
membelek2-nya dengan penuh
keharuan...

tiba-tiba...

jatuh sesuatu dari Al-quran itu...
segugus kunci...
di muka belakang Al-quran itu...
sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu... 
Kunci itu segera dipungut...
hatinya tertanya-tanya...
nyata sekali...
di dalam sampul surat itu...
terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya...
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...
sepucuk warkah..
tulisan tangan org yg amat dikenalinya
selama ini..
hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....
air mata si anak menitis deras...
hatinya bagai ditusuk sembilu..
penyesalan mula bertandang...
namun semuanya sudah terlambat... Sekadar
renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya
semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg
kita hajati??